Friday 7 October 2011

step by step ; Karipap mudah

Hari ni saya nak kongsi resepi cara membuat karipap dengan mudah. I will also guide u all on how to frozen it. Harap2 dapat bantu terutama kepada anda yg baru mencuba2 juadah simple tetapi menjadi kesukaan ramai. Bismillahirrahmanirrahim.

Resepi inti kentang:

1 kg ubi kentang (dikupas dan dipotong dadu)
Segenggam udang kering (direndam sekejap dan ditumbuk)
3 ulas bawang putih dicincang
3 ulas bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan air 3/4 cawan)
Daun kari satu tangkai
Daun sup + daun bawang secukupnya (di basuh dan dihiris - kemudian jemurkan tepi tingkap biar betul2 kering)
3 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris
Minyak 1/2 cawan

Caranya: Panaskan minyak, tumis bwg putih + udang kering + daun kari, kemudian masukkan bwg besar dan goreng sampai wangi. Masukkan rempah kari (tambah sedikit air kalau perlu). Lebih kurang selepas 2-3 minit, masukkan ubi kentang dan air dalam 1 cawan. Atau agak2 ubi kentang terendam supaya empuk. Tapi jangan byk sgt sebab nnt ubi tu lembik pulak. biarkan atas api sederhana dan kacau sekejap2. bila dah kering masukkan daun sup/daun bawang dan cili. Kacau2, biarkan 3 minit kemudian boleh angkat dan sejukkan. Rupanya lebih kurang macam ni.

* Selepas angkat, saya tapis sekejap dalam 1-2 minit, sebab nak buangkan sikit minyaknya. Tapi jgn tapis lama takut kering sangat tak sedap pulak...

Resepi doh:

1kg tepung gandum (yg berkualiti spr cap sauh atau wau)
200 ml minyak masak (boleh sukat 1 cawan biasa tetapi tak brp penuh)
1 sudu besar margerin
1 sudu teh garam
350-400 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)

Caranya: Minyak masak dan marjerin di panaskan atas kuali dalam 3-5 minit. Biar dia sejuk atau suam sedikit. Tepung digaulkan dengan garam sampai rata. Awas, jangan dituang waktu panas2 ye..nnt tak jadi.
 
*Buatkan lubang ditengah tepung dan tuangkan minyak tadi


* Gaul dan uli lah hingga sebati dan menjadi serbuk seperti ini. :-)

Kemudian masukkan air tetapi jangan semua ya, sebab doh ini bergantung kpd jenis tepung, takut terlembik nnt susah nak tempa karipap dan melekat2 di loyang.

 Uli lah sehingga tepung bersatu dan tidak kering atau berderai. Kalau masih tidak sebati, tambah air sedikit sahaja anggaran satu atau dua sudu. Uli lagi sampai licin dan tak melekat ditangan. Menguli ni lah part yg paling leceh dan perlukan sedikit tenaga. Tips saya ialah, apabila air dan tepung sudah sebati  (seperti gambar di atas) uli cuma 5 minit, kemudian masukkan dalam plastik (supaya tidak kena udara) rehatkan 10-15 minit. Waktu ini doh lebih lembut dan senang diuli. :-) tak payah lama2, cuma uli lagi 10 minit cukup. Simpan dalam plastik atau bekas ditutup dgn towel.

ini lah dia mesin pasta yg sgt membantu
rolling the dough at desired thickness


Seterusnya, saya cadangkan guna bbrp tools untuk memudahkan dan mencepatkan proses membuat karipap, iaitu mesin buat pasta dan acuan karipap.



acuan karipap ini penting untuk
mendapatkan saiz yg standard.
Doh tadi kita buat bahagian2 kecil lebih kurang besar bola golf, dan leper2kan. Dengan mesin pasta, setkan ketebalan pada no.2 (sebaik2nya) dan roll bahagian kecil tadi. Letakkan atas acuan karipap dan bubuh intinya seperti dibawah.

Kemudian kepitkan seperti gambar di atas. Dan bila dibuka rupanya akan jadi seperti gambar di bwah ini... Senangkan??? Ini antara cara ekspress yg saya belajar dari ibu saya. Dari segi kualiti, memang tak byk beza kalau kita ikut cara tradisional iaitu guna rolling pin. huhuhu.. Okay, memandangkan konon2nya nak kekalkan authentic karipap ni, jadi saya kelim lah semula supaya nampak lebih asli, seperti gambar di bawah (kanan).


Dalam sekilo tepung gandum, biasanya saya akan dapat lebih kurang 90biji yg comel2.  Banyak2 tak kan habis kalau sekali makan, jadi saya frozenkan. Mula2 susun karipap yg siap di tempa dalam dulang dan di alas dengan kertas (baking sheet pun okay, even kalau takde pakai kertas a4 pun no problem).  Susun jarak2 mcm gambar di atas, dan masukkan dalam freezer sampai betul2 keras. kalau peti ais tak buka-buka, tunggu dalam satu jam, otherwise agak2 lah sejam lebih atau 2 jam. Kemudian keluarkan dan repack semula dalam container, 10 biji atau ikut suka lah.. Insyaallah tak melekat!

Selamat mencuba!!!!


No comments:

Post a Comment