Thursday 13 October 2011

Harap Tenang...


Ketenangan itu datang dari hati. Ketenangan hati mestilah kita cari, namun bukan mudah untuk memiliki. Sebelum mendapat ketenangan itu, hati mestilah bersih. Berusahalah untuk memahami apakah ertinya hati yang bersih. Berusahalah untuk memperbaiki hati yang terpalit walau sedikit kekotoran. Banyak perumpamaan yg berkaitan dgn hati...jaga hati, baik hati, kecil hati, jauh hati, suka hati, busuk hati dan sebagainya. Mengapa mesti disebut perkataan "hati". Di dalam ibadah kita, contohnya solat selain dari niat yg dilafaz, niat juga mesti dilakukan di dalam "hati". Ia amat penting, kerana terjejasnya niat dalam hati maka solat kita tidak sempurna. Dalam hadis Rasulullah saw juga banyak disentuh tentang hati. Maka waspadalah akan kepentingan hati kita. Kerana, setiap manusia mempunyai hati masing2 dan hati inilah yang mempengaruhi sifat2, perilaku, emosi manusia. Jangan sampai hati ini berpenyakit dan dibiar melarat sehingga rosak. Bila hati rosak, harapan untuk pulih amatlah tipis.

-bersambung

No comments:

Post a Comment