Thursday 13 October 2011

Menjelang Syawal 1432h



Bismillahirrahmanirrahim...
Post sebelum ini mengingatkan saya tentang ramadhan yg sudah berlalu. Rasanya tak lengkap pula kalau tak cerita pasal syawal kan... Seperti biasa, kami tidak berapa kisah dengan baju raya, kasut, perhiasan rumah dll kerana tahun ni memang "peruntukan" agak terhad untuk itu semua.

Ini disebabkan kami dalam proses untuk pindah rumah, jadi kami decide utk tidak spend apa2 utk barang rumah... aduhai sedih juga bila ini first time saya tak pasang lampu lip lap..huhu. Namun, dari segi kuih raya saya tidak menghampakan anak2 sebab mmg saya akan buat beberapa bekas extra sebagai buah tangan dan cenderamata hari raya utk beri kepada guru2 anak saya, jiran, kawan2, bawa balik kampung dan bekalan di rumah sendiri. Rasa mcm sikit tapi banyak pulak jadinya.


Namanya jejari oats, tetapi rupanya takde mcm jari pun.. Sebab saya terap
bentuk bulan. :-)


Wafa belajar lipat utk buat kelongsong daun palas
 Ada beberapa bekas saya jual bila ada kawan nak beli. Biskut yg wajib semestinya tart nenas gulung, jejari oats, biskut kacang, cornflakes crunchies, almond london dan beberapa resepi yg saya ambil dari buku "Bake with Yen". Alhamdulillah, resepi dalam buku tu sangat mudah dan menjadi semuanya kalau betul2 ikut sukatan. Wani dan wafa berhajat nak buat satu jenis biskut all by themselves...sukat, adun, guna mixer, roll, terap, decorate, bakar, dan susun... a very simple dough tapi menjadi juga. Next year boleh improve skill ya....

Sarung ketupat palas - siappp!
 Beberapa hari sebelum raya kami dah mula buat persiapan juadah hari raya. (memang jelas, bab makan selalu cepat!). Daun kelapa dan daun palas akan melalui proses anyaman / lipat supaya terhasilnya sarung2 yg akan diisi beras/pulut. Harga daun palas boleh tahan juga tahun ni, asben saya beli di pasar PJ rm10 utk dua ikat (boleh dapat dlm 100biji). Kami beli daun kelapa di pasar seksyen 16 pada harga rm5.50 seikat - dapat dlm 50 biji.






Untuk 100 biji (lebih kurang) ketupat palas, pulut yg perlu ditanak terlebih dahulu ialah 3kg. Pulut dimasak (mcm masak nasi tetapi air tak boleh banyak) dgn santan. Cukup bila santan kering, angkat dan sejukkan. Pulut ni hanya 70% masak bila dibungkus dgn daun ketupat. Proses membungkus ni agak rumit dan kena byk practise. Tips yg plg penting ikatan mesti kemas, padat dan tidak boleh  ada ruang atau "sudut" yg terbuka. Jadi yg menyudahkannya ialah saya sndiri dgn asben. Kalau tak silap saya lebih kurang 3 jam juga kami terkial2 menyudahkannya. huhuhu... Bila dah siap, masukkan dalam periuk besar dan rebus dgn air.

Kat sinilah saya buat sedikit kesilapan. Oleh kerana, pulut tu dah hampir masak sepatutnya saya rebus sekejap sahaja dan airnya tak perlu tenggelam semua pulut. inilah sebabnya ketupat kami agak lembik jadinya. Kalau tengok gambar ketupat yg siap tu memang kurang cantik dan padat. Masa balik kampung mertua, saya cuba dapatkan tips yg berguna supaya kesilapan itu tidak berulang lagi. Okay, saya memang tidak putus asa tau!!!



Okay, ketupat pulut dah settle. Tiba masa untuk rebus ketupat nasi pula. Setelah sekian lama asyik buat guna sarung plastik aje...jadi untuk ketupat kali ini saya kononya deciide nak try buat ketupat guna daul kelapa. Tapi malangnya saya agak confuse, kerana isi ketupat agaj penuh, kemudian apa lagi....keras lah jadinya... Tak apalah, ingatlah betul2 dulu berapa sukatannya, kemudian baru isi..  Okay, juadah sampgnn ialah rendang dan kuah kaaacang. ini yang paling pengting!! Tapi rendang dan kuah kacang saya "order" dari ibu saya...Okay, alhamdulillah rezeki melimpah di bulan ramadhan, saya sangat bersyukur kepada Allah.

No comments:

Post a Comment