|
Juadah berbuka pd 9 ramadhan 1432h : Nasi putih,
Sup sayur, tahu sumbat, Roti jala + kari ayam,
dan cucur cempedak (jiran sedekah) |
Kenapa saya suka ramadhan.. sebab dalam waktu yg terhad, menahan lapar dan dahaga, mengaejar waktu dan sebagainya sebagai ibu pasti cuba sedaya upaya menyediakan juadah yg terbaik untuk anak2 dan seisi keluarga.
|
4 ramadhan 1432h : Rezeki melimpah hari ini, ibu bagi sayur
lemak labu, sambal sotong, roti jala+kuah durian.
saya sendiri masak kari ikan, sayur sawi dan
ikan bakar+sambal kicap, jiran pula sedekah kek coklat. |
|
16 Ramadhan 1432h : Asalnya cuma 3 lauk sahaja nak dihidang dgn nasi
putih, gulai lemak ikan masin, sayur sawi dan ayam masak kicap. dessertnya
ialah agar2 telur, tetapi ditambah pula dgn sedekah dari jiran, jering berlada,
masak asam, karipapa dan buah tembikai. Alhamdulillah. |
Nak kata lazat sangat tidaklah sehebat mana, tetapi tahun ini dengan rasa bangga tidak sehari pun saya berbelanja di pasar ramadhan. Ada sekali berbuka di rumah kakak ipar (bandar baru bangi), sehari rumah ibu saya, dan sehari bersama teman (majlis iftar), hari terakhir berpuasa kami berbuka di masjid dengan bekalan2 yg sudah siap dibawa dari rumah. Maknanya yang lain2 semuanya kami berbuka dirumah saja.
|
Hari ini 23 Ramadhan 1432h lebih simple. Nasi putih bersama lauk ayam
goreng kunyit, masak lemak pucuk ubi, kerabu taugeh. Anak2 pula
nak makan makaroni goreng. Jiran sedekah cekodok pisang. |
Saya memang sangat hati2 supaya tidak membazir, dan tidak pula menjadi pesta makan sehingga memudaratkan kesihatan. Kami di rumah ada 7 orang, cuma hazim dan hussin yg masih belum berpuasa. Jadi, sekiranya ada makanan yg lebih kami akan habiskan waktu bersahur.
|
19 ramadhan 1432: Hanya kami bertiga sahaja berbuka. Ikan masak cuka,
pajeri nenas (ibu bagi), tahu goreng, pucuk ubi rebus, sambal jawa,
dan popia goreng. |
|
24 Ramadhan: Dah kehabisan idea nak masak apa...jadi saya buat soto
ayam. Dan jiran sebelah rumah sedekah pula nasi lemak, alhamdulillah.
|
Selain dari cerita juadah berbuka puasa, bulan ramadhan adalah yg plg saya rindui... Banyak rahmatnya di bulan puasa ni.. Secara tidak langsung atau tidak bagi pengalaman saya sendiri, ia sangat mengeratkan hubungan sillaturrahim kami anak beranak. Dari penyediaan juadah selama sebulan, membuat persiapan hari raya seperti buat kuih raya, bersihkan rumah, pasang lampu pelita, qiammulail 10 mlm terakhir merupakan suatu perkara yg sangat bermakna bagi saya sekeluarga.
|
27 Ramadhan; Beef scewer n chicken grill, accompanied by
mushroom soup, coleslaw n fries. Our iftar today. :-) |
Sudah lebih dua bulan ramadhan 1432h berlalu, dan masih lambat untuk menunggu ramadhan yg akan datang...tetapi saya benar2 merinduinya. Semoga ada lagi rezeki saya lagi bersama keluarga di ramadhan akan datang.
No comments:
Post a Comment