Sunday, 2 October 2011
movie time - johnny english reborn
Bila umur kian meningkat ni saya sedar saya kurang gemar lepak di shopping complex tanpa tujuan yg spesifik. Itulah kisahnya semalam mahu menonton Johnny English Reborn lakonan Rowan Atkinson di Bukit Raja, Klang. k]Wani n wafa dah pegi tgk dgn teacher tuition sebelah siang show 11am. bila mereka balik, berikan beberapa feedback yg mengujakan...Saya dan asben sampai hampir jam 6 ptg, tayacngan jam 5.45pm sudah pun bermula. Jadi kami beli tiket jam 8 malam. Maknanya ada 2 jam utk menunggu! Aduhaiii betapa boringnya saya ke hulu ke hilir untuk mengisi waktu. Mujurlah ada Kedai Buku Popular, boleh lah jamu2 mata. Mesti ada saja bahan yg nak dibeli, tapi terpaksa ingatkan diri yg buat sementara waktu tak ada budget utk beli buku. Selepas solat maghrib, duduk di bench yg byk disediakan sepanjang koridor...mata mula memandang ke sana sini, sambil melihat jam yg rasa sangat lambat berlalu. Hati pun mula nak komen mcm2, tentang gelagat anak2 muda, cara berpakaian, cara bersosial, orang2 yg lalu lalang, barang2 yg dijual di outlet di situ, lambakan barang2 dari china dan bermacam2 lagi. Inilah kehidupan di bandar, semua dapat diperhatikan dan diteliti... masalah sosial dan juga ekonomi sangat berkait rapat. Kini saya rasa, faktor ergonomik juga banyak beri kesan. Kami minum teh tarik di food court, hampir ke semua jenis makanan tempatan, oriental dan juga barat ada dijual. Antara yg ramai orang ialah kiosk ala cart yg jual masakan panas thai. Tukang masaknya ialah orang bangladesh dan cashiernya ialah orang indonesia. Saya rasa dah hilang authentic nya. Globalization? ya mungkin juga. yea..this is the life that we have to live nowadays. Adakala saya rasa sangat komplikated. Adakala saya rasa, adakah saya ni anti-sosial? huhuhu..entahlah. To just watch a comedy movie kita kena pergi ke panggung wayang yg terletak di pusat2 membeli belah. Ada banyak kos yg terlibat, petrol, tol, parking, teh tarik, tiket wayang, popcorn & snacks. Sebagai end-user saya mesti berhati2 dalam perbelanjaan sebegini. Tak boleh kerap sangat sekalipun kita berkemampuan. Memang kita perlu entertainment tetapi haruslah ditanam dalam prinsip kita bahawa ini bukanlah perkara utama dalam hidup.
Balik kepada cerita Johnny English, memang santai dan yang pasti kami ketawa berdekah2 bila tiba punch lines yg agak brilliant dari rowan atkinson. Tak perlulah nak cerita detail sangat tentang storyline nya, yang pasti kami dapat apa yg kami harapkan. Selesai 1jam 40 minit kami langsung bergegas balik dan sampai rumah tepat 10malam.
Labels:
yang saya lihat,
yang saya rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment