Thursday, 13 October 2011

Harap Tenang...


Ketenangan itu datang dari hati. Ketenangan hati mestilah kita cari, namun bukan mudah untuk memiliki. Sebelum mendapat ketenangan itu, hati mestilah bersih. Berusahalah untuk memahami apakah ertinya hati yang bersih. Berusahalah untuk memperbaiki hati yang terpalit walau sedikit kekotoran. Banyak perumpamaan yg berkaitan dgn hati...jaga hati, baik hati, kecil hati, jauh hati, suka hati, busuk hati dan sebagainya. Mengapa mesti disebut perkataan "hati". Di dalam ibadah kita, contohnya solat selain dari niat yg dilafaz, niat juga mesti dilakukan di dalam "hati". Ia amat penting, kerana terjejasnya niat dalam hati maka solat kita tidak sempurna. Dalam hadis Rasulullah saw juga banyak disentuh tentang hati. Maka waspadalah akan kepentingan hati kita. Kerana, setiap manusia mempunyai hati masing2 dan hati inilah yang mempengaruhi sifat2, perilaku, emosi manusia. Jangan sampai hati ini berpenyakit dan dibiar melarat sehingga rosak. Bila hati rosak, harapan untuk pulih amatlah tipis.

-bersambung

Menjelang Syawal 1432h



Bismillahirrahmanirrahim...
Post sebelum ini mengingatkan saya tentang ramadhan yg sudah berlalu. Rasanya tak lengkap pula kalau tak cerita pasal syawal kan... Seperti biasa, kami tidak berapa kisah dengan baju raya, kasut, perhiasan rumah dll kerana tahun ni memang "peruntukan" agak terhad untuk itu semua.

Ini disebabkan kami dalam proses untuk pindah rumah, jadi kami decide utk tidak spend apa2 utk barang rumah... aduhai sedih juga bila ini first time saya tak pasang lampu lip lap..huhu. Namun, dari segi kuih raya saya tidak menghampakan anak2 sebab mmg saya akan buat beberapa bekas extra sebagai buah tangan dan cenderamata hari raya utk beri kepada guru2 anak saya, jiran, kawan2, bawa balik kampung dan bekalan di rumah sendiri. Rasa mcm sikit tapi banyak pulak jadinya.


Namanya jejari oats, tetapi rupanya takde mcm jari pun.. Sebab saya terap
bentuk bulan. :-)


Wafa belajar lipat utk buat kelongsong daun palas
 Ada beberapa bekas saya jual bila ada kawan nak beli. Biskut yg wajib semestinya tart nenas gulung, jejari oats, biskut kacang, cornflakes crunchies, almond london dan beberapa resepi yg saya ambil dari buku "Bake with Yen". Alhamdulillah, resepi dalam buku tu sangat mudah dan menjadi semuanya kalau betul2 ikut sukatan. Wani dan wafa berhajat nak buat satu jenis biskut all by themselves...sukat, adun, guna mixer, roll, terap, decorate, bakar, dan susun... a very simple dough tapi menjadi juga. Next year boleh improve skill ya....

Sarung ketupat palas - siappp!
 Beberapa hari sebelum raya kami dah mula buat persiapan juadah hari raya. (memang jelas, bab makan selalu cepat!). Daun kelapa dan daun palas akan melalui proses anyaman / lipat supaya terhasilnya sarung2 yg akan diisi beras/pulut. Harga daun palas boleh tahan juga tahun ni, asben saya beli di pasar PJ rm10 utk dua ikat (boleh dapat dlm 100biji). Kami beli daun kelapa di pasar seksyen 16 pada harga rm5.50 seikat - dapat dlm 50 biji.






Untuk 100 biji (lebih kurang) ketupat palas, pulut yg perlu ditanak terlebih dahulu ialah 3kg. Pulut dimasak (mcm masak nasi tetapi air tak boleh banyak) dgn santan. Cukup bila santan kering, angkat dan sejukkan. Pulut ni hanya 70% masak bila dibungkus dgn daun ketupat. Proses membungkus ni agak rumit dan kena byk practise. Tips yg plg penting ikatan mesti kemas, padat dan tidak boleh  ada ruang atau "sudut" yg terbuka. Jadi yg menyudahkannya ialah saya sndiri dgn asben. Kalau tak silap saya lebih kurang 3 jam juga kami terkial2 menyudahkannya. huhuhu... Bila dah siap, masukkan dalam periuk besar dan rebus dgn air.

Kat sinilah saya buat sedikit kesilapan. Oleh kerana, pulut tu dah hampir masak sepatutnya saya rebus sekejap sahaja dan airnya tak perlu tenggelam semua pulut. inilah sebabnya ketupat kami agak lembik jadinya. Kalau tengok gambar ketupat yg siap tu memang kurang cantik dan padat. Masa balik kampung mertua, saya cuba dapatkan tips yg berguna supaya kesilapan itu tidak berulang lagi. Okay, saya memang tidak putus asa tau!!!



Okay, ketupat pulut dah settle. Tiba masa untuk rebus ketupat nasi pula. Setelah sekian lama asyik buat guna sarung plastik aje...jadi untuk ketupat kali ini saya kononya deciide nak try buat ketupat guna daul kelapa. Tapi malangnya saya agak confuse, kerana isi ketupat agaj penuh, kemudian apa lagi....keras lah jadinya... Tak apalah, ingatlah betul2 dulu berapa sukatannya, kemudian baru isi..  Okay, juadah sampgnn ialah rendang dan kuah kaaacang. ini yang paling pengting!! Tapi rendang dan kuah kacang saya "order" dari ibu saya...Okay, alhamdulillah rezeki melimpah di bulan ramadhan, saya sangat bersyukur kepada Allah.

Tuesday, 11 October 2011

Ramadhan 1432h

Juadah berbuka pd 9 ramadhan 1432h : Nasi putih,
Sup sayur, tahu sumbat, Roti jala + kari ayam,
dan cucur cempedak (jiran sedekah)
Kenapa saya suka ramadhan.. sebab dalam waktu yg terhad, menahan lapar dan dahaga, mengaejar waktu dan sebagainya sebagai ibu pasti cuba sedaya upaya menyediakan juadah yg terbaik untuk anak2 dan seisi keluarga.

4 ramadhan 1432h : Rezeki melimpah hari ini, ibu bagi sayur
lemak labu, sambal sotong, roti jala+kuah durian.
saya sendiri masak kari ikan, sayur sawi dan
ikan bakar+sambal kicap, jiran pula sedekah kek coklat.

16 Ramadhan 1432h : Asalnya cuma 3 lauk sahaja nak dihidang dgn nasi
putih, gulai lemak ikan masin, sayur sawi dan ayam masak kicap. dessertnya
ialah agar2 telur, tetapi ditambah pula dgn sedekah dari jiran, jering berlada,
masak asam, karipapa dan buah tembikai. Alhamdulillah.
 Nak kata lazat sangat tidaklah sehebat mana, tetapi tahun ini dengan rasa bangga tidak sehari pun saya berbelanja di pasar ramadhan. Ada sekali berbuka di rumah kakak ipar (bandar baru bangi), sehari rumah ibu saya, dan sehari bersama teman (majlis iftar), hari terakhir berpuasa kami berbuka di masjid dengan bekalan2 yg sudah siap dibawa dari rumah. Maknanya yang lain2 semuanya kami berbuka dirumah saja.


Hari ini 23 Ramadhan 1432h lebih simple. Nasi putih bersama lauk ayam
goreng kunyit, masak lemak pucuk ubi, kerabu taugeh. Anak2 pula
nak makan makaroni goreng. Jiran sedekah cekodok pisang.
 Saya memang sangat hati2 supaya tidak membazir, dan tidak pula menjadi pesta makan sehingga memudaratkan kesihatan. Kami di rumah ada 7 orang, cuma hazim dan hussin yg masih belum berpuasa. Jadi, sekiranya ada makanan yg lebih kami akan habiskan waktu bersahur.

19 ramadhan 1432: Hanya kami bertiga sahaja berbuka. Ikan masak cuka,
pajeri nenas (ibu bagi), tahu goreng, pucuk ubi rebus, sambal jawa,
dan popia goreng.

24 Ramadhan: Dah kehabisan idea nak masak apa...jadi saya buat soto
ayam. Dan jiran sebelah rumah sedekah pula nasi lemak,  alhamdulillah.
 Selain dari cerita juadah berbuka puasa, bulan ramadhan adalah yg plg saya rindui... Banyak rahmatnya di bulan puasa ni.. Secara tidak langsung atau tidak bagi pengalaman saya sendiri, ia sangat mengeratkan hubungan sillaturrahim kami anak beranak. Dari penyediaan juadah selama sebulan, membuat persiapan hari raya seperti buat kuih raya, bersihkan rumah, pasang lampu pelita, qiammulail 10 mlm terakhir merupakan suatu perkara yg sangat bermakna bagi saya sekeluarga.

27 Ramadhan; Beef scewer n chicken grill, accompanied by
mushroom soup, coleslaw n fries. Our iftar today. :-)
 Sudah lebih dua bulan ramadhan 1432h berlalu, dan masih lambat untuk menunggu ramadhan yg akan datang...tetapi saya benar2 merinduinya. Semoga ada lagi rezeki saya lagi bersama keluarga di ramadhan akan datang.

Perpustakaan Awam Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Saya dah beberapa kali cuba buat posting tentang perpustakaan baru di Shah Alam, tapi selalu delay. Beberapa hari lepas, saya ada menerima satu email dari seorang sahabat memberi info tentang Perpustakaan Awam Selangor yg terletak di seksyen 13. Sumbernya tidak diketahui, namun kepada pengarang asal saya mohon dapat panjangkan maklumat ini serta gambar2 yg berkenaan dalam blog saya. 

  
Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.
Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.
Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Description: Description: GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Info tambahan:
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.

Friday, 7 October 2011

step by step ; Karipap mudah

Hari ni saya nak kongsi resepi cara membuat karipap dengan mudah. I will also guide u all on how to frozen it. Harap2 dapat bantu terutama kepada anda yg baru mencuba2 juadah simple tetapi menjadi kesukaan ramai. Bismillahirrahmanirrahim.

Resepi inti kentang:

1 kg ubi kentang (dikupas dan dipotong dadu)
Segenggam udang kering (direndam sekejap dan ditumbuk)
3 ulas bawang putih dicincang
3 ulas bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan air 3/4 cawan)
Daun kari satu tangkai
Daun sup + daun bawang secukupnya (di basuh dan dihiris - kemudian jemurkan tepi tingkap biar betul2 kering)
3 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris
Minyak 1/2 cawan

Caranya: Panaskan minyak, tumis bwg putih + udang kering + daun kari, kemudian masukkan bwg besar dan goreng sampai wangi. Masukkan rempah kari (tambah sedikit air kalau perlu). Lebih kurang selepas 2-3 minit, masukkan ubi kentang dan air dalam 1 cawan. Atau agak2 ubi kentang terendam supaya empuk. Tapi jangan byk sgt sebab nnt ubi tu lembik pulak. biarkan atas api sederhana dan kacau sekejap2. bila dah kering masukkan daun sup/daun bawang dan cili. Kacau2, biarkan 3 minit kemudian boleh angkat dan sejukkan. Rupanya lebih kurang macam ni.

* Selepas angkat, saya tapis sekejap dalam 1-2 minit, sebab nak buangkan sikit minyaknya. Tapi jgn tapis lama takut kering sangat tak sedap pulak...

Resepi doh:

1kg tepung gandum (yg berkualiti spr cap sauh atau wau)
200 ml minyak masak (boleh sukat 1 cawan biasa tetapi tak brp penuh)
1 sudu besar margerin
1 sudu teh garam
350-400 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)

Caranya: Minyak masak dan marjerin di panaskan atas kuali dalam 3-5 minit. Biar dia sejuk atau suam sedikit. Tepung digaulkan dengan garam sampai rata. Awas, jangan dituang waktu panas2 ye..nnt tak jadi.
 
*Buatkan lubang ditengah tepung dan tuangkan minyak tadi


* Gaul dan uli lah hingga sebati dan menjadi serbuk seperti ini. :-)

Kemudian masukkan air tetapi jangan semua ya, sebab doh ini bergantung kpd jenis tepung, takut terlembik nnt susah nak tempa karipap dan melekat2 di loyang.

 Uli lah sehingga tepung bersatu dan tidak kering atau berderai. Kalau masih tidak sebati, tambah air sedikit sahaja anggaran satu atau dua sudu. Uli lagi sampai licin dan tak melekat ditangan. Menguli ni lah part yg paling leceh dan perlukan sedikit tenaga. Tips saya ialah, apabila air dan tepung sudah sebati  (seperti gambar di atas) uli cuma 5 minit, kemudian masukkan dalam plastik (supaya tidak kena udara) rehatkan 10-15 minit. Waktu ini doh lebih lembut dan senang diuli. :-) tak payah lama2, cuma uli lagi 10 minit cukup. Simpan dalam plastik atau bekas ditutup dgn towel.

ini lah dia mesin pasta yg sgt membantu
rolling the dough at desired thickness


Seterusnya, saya cadangkan guna bbrp tools untuk memudahkan dan mencepatkan proses membuat karipap, iaitu mesin buat pasta dan acuan karipap.



acuan karipap ini penting untuk
mendapatkan saiz yg standard.
Doh tadi kita buat bahagian2 kecil lebih kurang besar bola golf, dan leper2kan. Dengan mesin pasta, setkan ketebalan pada no.2 (sebaik2nya) dan roll bahagian kecil tadi. Letakkan atas acuan karipap dan bubuh intinya seperti dibawah.

Kemudian kepitkan seperti gambar di atas. Dan bila dibuka rupanya akan jadi seperti gambar di bwah ini... Senangkan??? Ini antara cara ekspress yg saya belajar dari ibu saya. Dari segi kualiti, memang tak byk beza kalau kita ikut cara tradisional iaitu guna rolling pin. huhuhu.. Okay, memandangkan konon2nya nak kekalkan authentic karipap ni, jadi saya kelim lah semula supaya nampak lebih asli, seperti gambar di bawah (kanan).


Dalam sekilo tepung gandum, biasanya saya akan dapat lebih kurang 90biji yg comel2.  Banyak2 tak kan habis kalau sekali makan, jadi saya frozenkan. Mula2 susun karipap yg siap di tempa dalam dulang dan di alas dengan kertas (baking sheet pun okay, even kalau takde pakai kertas a4 pun no problem).  Susun jarak2 mcm gambar di atas, dan masukkan dalam freezer sampai betul2 keras. kalau peti ais tak buka-buka, tunggu dalam satu jam, otherwise agak2 lah sejam lebih atau 2 jam. Kemudian keluarkan dan repack semula dalam container, 10 biji atau ikut suka lah.. Insyaallah tak melekat!

Selamat mencuba!!!!


Sunday, 2 October 2011

movie time - johnny english reborn

Bila umur kian meningkat ni saya sedar saya kurang gemar lepak di shopping complex tanpa tujuan yg spesifik. Itulah kisahnya semalam mahu menonton Johnny English Reborn lakonan Rowan Atkinson di Bukit Raja, Klang. k]Wani n wafa dah pegi tgk dgn teacher tuition sebelah siang show 11am. bila mereka balik, berikan beberapa feedback yg mengujakan...Saya dan asben sampai hampir jam 6 ptg, tayacngan jam 5.45pm sudah pun bermula. Jadi kami beli tiket jam 8 malam. Maknanya ada 2 jam utk menunggu! Aduhaiii betapa boringnya saya ke hulu ke hilir untuk mengisi waktu. Mujurlah ada Kedai Buku Popular, boleh lah jamu2 mata. Mesti ada saja bahan yg nak dibeli, tapi terpaksa ingatkan diri yg buat sementara waktu tak ada budget utk beli buku. Selepas solat maghrib, duduk di bench yg byk disediakan sepanjang koridor...mata mula memandang ke sana sini, sambil melihat jam yg rasa sangat lambat berlalu. Hati pun mula nak komen mcm2, tentang gelagat anak2 muda, cara berpakaian, cara bersosial, orang2 yg lalu lalang, barang2 yg dijual di outlet di situ, lambakan barang2 dari china dan bermacam2 lagi. Inilah kehidupan di bandar, semua dapat diperhatikan dan diteliti... masalah sosial dan juga ekonomi sangat berkait rapat. Kini saya rasa, faktor ergonomik juga banyak beri kesan. Kami minum teh tarik di food court, hampir ke semua jenis makanan tempatan, oriental dan juga barat ada dijual. Antara yg ramai orang ialah kiosk ala cart yg jual masakan panas thai. Tukang masaknya ialah orang bangladesh dan cashiernya ialah orang indonesia. Saya rasa dah hilang authentic nya. Globalization? ya mungkin juga. yea..this is the life that we have to live nowadays. Adakala saya rasa sangat komplikated. Adakala saya rasa, adakah saya ni anti-sosial? huhuhu..entahlah. To just watch a comedy movie kita kena pergi ke panggung wayang yg terletak di pusat2 membeli belah. Ada banyak kos yg terlibat, petrol, tol, parking, teh tarik, tiket wayang, popcorn & snacks. Sebagai end-user saya mesti berhati2 dalam perbelanjaan sebegini. Tak boleh kerap sangat sekalipun kita berkemampuan. Memang kita perlu entertainment tetapi haruslah ditanam dalam prinsip kita bahawa ini bukanlah perkara utama dalam hidup.


 Balik kepada cerita Johnny English, memang santai dan yang pasti kami ketawa berdekah2 bila tiba punch lines yg agak brilliant dari rowan atkinson. Tak perlulah nak cerita detail sangat tentang storyline nya, yang pasti kami dapat apa yg kami harapkan. Selesai 1jam 40 minit kami langsung bergegas balik dan sampai rumah tepat 10malam.

Thursday, 29 September 2011

Dah agak dahhh..

Memang dah agak dari awal lagi....selepas berjaya create blogspot dan publish post yang pertama, saya terus senyap. Sangkaan awal, semangat untuk berblog pasti akan datang sedikit demi sedikit. Well, nampaknya sangat meleset sekali kerana semangat itu sebenarnya tidak pernah datang pun... idea banyak mencurah-curah, namun semangat memang TIDAK ADA! huhuhu..

Tapi hari ini, tanpa dirancang, tanpa diduga tiba2 jari jemari laju saja menghalakan 'mouse' ke alamat ini. Jadi apa yg nak saya mulakan? owhh..lupa pulak baru sebentar saya post tentang tinjauan saya tentang pokok2 yg rendang. Mungkin ini lah yang ada dalam fikiran saya waktu ini. Saya sedang berkira2 mahu menanam pokok yg rendang di rumah baru saya! tapi pokok apa? Sesuai ke? Mudah atau tidak menjaganya? okay, dalam keadaan yg sgt limited, tiada org sesuai untuk ditanya jadi yg paling mudah ialah "google". kannn?? So definitely the story about pokok itu saya akan buat post yg lain.

Banyak sangat benda nak explore lagi ttg blogspot. Obviously saya memang sangat ketinggalan zaman kerana orang2 lain semua dah expert dan juga kaya raya dgn blogspot ni. Tapi takpe, biar lah mengaku awal2 saya mmg fail dgn html, css bla bla bla okaayyy!!

tbc.

tinjau-tinjau pokok yg rendang

Apa nama pokok ni ye?

Pokok  ni rupanya macam paku pakis...

Thursday, 28 April 2011

Akhirnya....

Setelah sekian lama bercongak2 nak create blog di blogspot, akhirnya ia berlaku juga hari ini. Kebetulan sama tarikh dengan hari lahir suami saya. Bukan nak berpaling tadah daripada freewebs, tapi saya mesti teruskan juga hajat dihati. Semoga saya dapat kongsikan apa jua perkara di dalam fikiran dan kita semua mendapat manfaat. Insyaallah.